Sains dan teknologi Korea

Cheomseongdae, bangunan untuk memerhati bintang yang tertua di Asia Timur

Salah satu peninggalan terkenal dalam sejarah sains dan teknologi Korea adalah Cheomseongdae, sebuah observatori kajibintang setinggi 9 meter yang dibina pada tahun 633 dan merupakan salah satu observatori yang tertua di dunia.

Dokumen cetak terawal di dunia dipercayai adalah naskhah agama Buddha yang dicetak pada tahun 750-751. Logam yang tertulis untuk dicap pada kertas (type), pertama sekali dicipta di Korea pada 1232 sebelum Johann Gutenberg membangunkan sistem mesin cetak (Cumings 1997: 65). Walaupun orang Korea menggunakan kayu untuk mengecap di kertas, ia merupakan sebuah pembangunan penting dalam bidang pencetakan kerana ia membolehkan penggunaan type yang sama.

Salah satu perkembangan penting dalam sejarah penulisan Korea adalah penciptaan tulisan Hangul oleh Raja Sejong Agung pada 1443. Tulisan ini unik daripada tulisan hanja yang luas digunakan pada masa itu kerana setiap lambang di huruf hangul melambangkan satu fonem atau sebutan dan amat sesuai untuk menulis bahasa Korea daripada tulisan hanja.

Jam air automatik yang pertama telah dicipta oleh Chang Yong-sil pada 1434, yang juga telah mencipta penyukat air dan hujan.

Semasa zaman Dinasti Joseon, sutera dan tembikar Korea amat dihargai oleh China kerana mereka menilai tembikar tersebut sebagai sesuatu yang bermutu tinggi. Namun minat mereka kepada tembikar Korea hanya bertahan hingga ke Dinasti Goryeo. Pada masa ini, Korea telah memajukan seni lukis dan pertukangan tradisionalnya seperti pembuatan sutera halus, tembikar yang disepuh dan pembuatan kertas. Pada masa ini juga, kapal besi Geobukseon (atau "Kapal penyu") dicipta.

Kini, Korea Selatan mengetuai dunia dalam bilangan penduduk paling ramai yang memiliki hubungan Internet gerak laju. Ia juga merupakan pengeluar produk-produk teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan layar skrin plasma. Korea Selatan berada di tempat kedua negara-negara yang sering mencipta teknologi baru untuk pengguna.[1]. Korea Utara pula masih menggunakan teknologi yang berasal dari tahun 60-an dan 70-an.

Rujukan

WikiPedia: Korea http://www.britannica.com/eb/article-9050797?query... http://archives.cnn.com/2001/WORLD/asiapcf/east/03... http://joongangdaily.joins.com/200108/30/200108300... http://www.parksassociates.com/press/press_release... http://www.hawaii.edu/powerkills/SOD.CHAP3.HTM http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/... http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/... http://web.archive.org/web/19990117021607/http://l... http://www.pacificasiamuseum.org/calendar/kcostume... https://archive.is/20120710211436/lcweb2.loc.gov/f...